falling love

to my lovely blog ~







Friday 14 March 2014

Permohonan kemasukan Institut Pendidikan Guru, IPG tahun 2014 bagi lepasan SPM 2013 ~

Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Hye ! I'm newbie. Harap sesiapa yang bijak pandai lagi berilmu pengetahuan tentang alam blog ni boleh la kongsi2 maklumat apa2 yang berkaitan 'editting blog' ni. Sebabnya ini blog yang pertama dan post yang pertama yang di'publish'kan. #SharingIsCaring #^_^

Kepada rakan-rakan lepasan SPM seperti saya, sebenarnya saya nak share link permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai IPG ~ Mungkin ada yang minat jadi cikgu ada yang tak, tapi kalau keluarga saya, majoritinya akan suggest IPG sebab yang best nya IPG ni dapat elaun setiap bulan. Best kan? Bukan best dapat berfoya-foya, best sebab dapat tolong parents kita yang kena biayai kos pembelajaran kita di universiti semata-mata untuk lihat kita berjaya. Betul tak? Tapi kalau keadaan saya dulu dan sekarang sangat berbeza. Kalau dulu abang2 kakak saya masuk U guna duit "FaMa" tapi sekarang hanya Ma je. Faham ke "FaMa" tu apa? Fa --> father and Ma --> mother. Kami adik beradik memang tak pernah minta PTPTN sebab nak bayar balik tu takut tak mampu. Habis graduate universiti belum tentu kita dapat kerja, dengan nak membayarnya lagi. Gaji awal bukannya banyak lagi nak kena potong untuk bayar PTPTN. Itu yang selalu mak saya cakap.

Okay, kalau dah mula bab ni memang agak sedih bila mengenangkan orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Tapi ini hanya di dunia je, kat akhirat insyaAllah Allah pertemukan kami sekeluarga kembali. Perkara ni berlaku dalam masa beberapa hari sahaja. Tak dijangka langsung. Tapi kami tahu kami datang daripada Allah dan pulang juga kepada Allah, cuma masa dan keadaan sahaja yang membezakannya. Bukan senang nak terima perkara ni lagi2 tahun saya ambil peperiksaan besar, SPM. Tapi saya tahu apa2 yang terjadi dalam hidup kita, semuanya berbalik kepada Allah. Allah dah tentukan qada' & qadar. Jika Allah berkata "kun faya kun" maka jadilah. Kita sebagai hamba-Nya kena redha dan terima segala ketentuan daripada-Nya. Allahu.. tapi perkara ni bukan menjadikan saya tak mampu untuk teruskan hidup di bumi Allah yang serba indah dan sempurna ni, malah saya jadikan ini sebagai batu loncatan untuk berusaha dan lebih berjaya. Kalau difikir-fikirkan kalau saya berjaya mesti ummi and arwah ayah akan bahagia sebab anak-anak nya berjaya. Dan insyaAllah saya dah cuba buat yang terbaik untuk SPM 2013 kerana Allah demi ummi & arwah ayah. Tinggal masa untuk banyakkan berdoa and solat hajat je supaya harapan dan usaha untuk dapatkan 10A+ tu lebih padu. Dah melencong dah ni.. okay, sambung balik.

Kalau nak tahu lagi lepasan IPG insyaAllah mudah dapat kerja iaitu guru. Lagipun, kerjaya sebagai guru ni bukan je dapat duit malah dapat pahala sebab dapat sebarkan dan kongsikan ilmu yang kita ada. Itu kata-kata yang mak saya selalu sebut, ye lah cikgu kan mesti nak anaknya jadi cikgu jugak. :) Saya hanya menurut perintah~ hehe so, isi je lah. dapat tak dapat lain cerita. 

Ini link permohonan nya, harap dapat membantu :) 

Satu lagi, bilik kampus kediaman IPG ni sangat lah selesa dan cantik. Tapi ini di kampus IPG Darul Aman. Kakak saya belajar di situ. Kampus IPG lain tak pasti lah. Hopefully link ini dapat membantu kepada sesiapa yang berminat untuk jadi cikgu. isi as soon as possible sebab masa yang diberi hanya dari 10 mac hingga 30 mac je. Okay, sampai di sini sahaja, maaf kalau ada kesilapan maklumat atau apa2 yg diceritakan, semua yang baik datang nya daripada Allah, yang salah datangya daripada saya sendiri. Wassalam. :) 



No comments:

Post a Comment