falling love

to my lovely blog ~







Monday 17 March 2014

Gred untuk SPM 2013 ~ Baseline Data MP SPM 2013

Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Harini saya ada dapat satu maklumat tentang gred SPM yang digunakan sebagai baseline untuk result SPM 2013 for batch 96's atau bahasa susahnya "Baseline Data MP SPM 2013". Bila cakap pasal result ni memang agak mendebarkan semua orang, tak kesah la result apa-apa pun. Result upu ke, result test darah ke, result SPM ke, result ke mana hilang pesawat MH370 ke, atau apa-apa sahaja. Tapi yang paling berdebar bagi kami yang SPM leaver ni confirm lah result SPM. Ya Allah.. Allah je tahu macam mana rasanya. Bukan apa, result ini lah yang paling penting antara peperiksaan dalam alam persekolahan ni. Nak apply upu guna result spm, nak mintak kerja pun sama. Memandangkan result pun dah nak keluar around the corner, doa pun kena lebih lagi la. 

20 March 2014 ~ tarikh yang mendebarkan untuk batch 96's. 

Mungkin dah banyak yang tahu tentang gred SPM untuk tahun ini, tapi saje nak share untuk sesiapa yang belum tahu. Ini baseline data MP SPM 2013 :


Walau macam mana pun gred SPM 2013, kita tetap kena banyakkan berdoa untuk dapatkan result yang cemerlang untuk SPM. Kita ada masa lagi 3 hari untuk berdoa dan buat solat hajat. Hari ini, esok, Rabu dan pagi hari Khamis. Jom doa sama-sama... 

"Ya Allah, kau berikan lah kejayaan 10A+ kepada aku dan rakan-rakanku dalam SPM 2013, Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang dalam kalangan yang cemerlang. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang di sekolah kami, di daerah kami, di negeri kami, dan di negara kami, Ya Allah.. Berikanlah prestasi dan peratus sekolah kami meningkat dan jadikanlah sekolah kami menjadi sekolah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan, ya Allah.. Banyakkanlah jumlah murid yang akan mendapat straight A+ di sekolah kami, Ya Allah.. kabulkanlah doa ku ini Ya Allah.. Amin ya rabbil 'alamin"

Last but not least, good luck kepada sesiapa yang akan mengambil keputusan SPM tahun ini. Banyakkan doa dan solat hajat. Semoga kita sam-sama berjaya di dunia serta akhirat. ~amin~ okay, sampai di sini sahaja. Maaf kalau ada kesilapan maklumat, semua yang baik datangnya daripada Allah, yang tidak baik datangnya daripada kekhilafan saya sendiri. Wassalam :)

1 comment:

  1. Bila biasanya akan keluar baseline ni? Lepas dah habis exam spm ke?

    ReplyDelete