falling love

to my lovely blog ~







Wednesday 7 January 2015

Erti BELAJAR yang Sebenar ~ JPA? MARA? UIA?

Bismillahirahmanirrahim.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Hye ! nampak tak banyak habuk dalam blog ni. hehe memandangkan dah berkurun lama tak menjengah blog yang semakin lama semakin pupus ni. Saya rasa macam kena update sesuatu and kena renovate sikit la blog ni kan sempena tahun baru tahun 2015. Nampak kan apa yang baru dalam blog ni. ~FBA~ tengok pun dah boleh agak kan, FBA tu apa? --> Farahin Binti Aziz <-- Well nama sebenar bukan lah Farahin je. Nama sebenar saya Siti Nurfarahin binti Abd Aziz, singkatan nya FBA ~ eceh. 

Okay, kalau sebelum ni saya ada post tentang IPG , result SPM. Dah hampir setahun jgk la walaupun belum cecah setahun lagi blog ni muncul. So agak2 ke mana menghilangnya saya pergi selama beberapa bulan ni. haaa tak pergi mana2 pun. Masih di Malaysia. Tak merasa lagi naik flight ke luar negara. Hmm tu semua angan2 atau orang kata mimpi biar sampai ke bintang. hehe Al-maklum lah, saya ni nama pun anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik yang sudah menjadi anak yatim dek kerana kehilangan seorang ayah yang amat disayangi pada 1 JUN 2013, tak mungkin mak saya semudah-mudahnya lepaskan saya begitu sahaja kan. Jauh tu, luar negara, merentasi laut. Lagi pun mak saya sekarang dah duduk sorang2, siapa yang nak teman kan kalau saya belajar jauh2 walaupun kita selalu dengar pepatah "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China" and "jauh perjalanan luas permandangan", tapi tetap jugak kena fikir keadaan masa dan situasi nya ye tak. Walaupun saya tak berangan pun nak belajar sampai ke China, saya berangan nak belajar di Jordon. Haa tempat ni pun satu masalah. Jordon tu dekat2 dengan Mesir, Arab, Palestine. Lagi lah mak saya tak bagi. Faham2 lah kan. Terima je lah dengan hati yang terbuka. ceh. 

Nak kata saya tak try langsung, tak jugak. Ada je apply MARA dan JPA. Berangan je lah kan. MARA tu apply ke Jordon untuk Syariah. JPA tu apply ke Perancis a.k.a France untuk Engineering. hah bunyi pun macam gempak kan. Luar negara, oversea siapa je yang tak nak. Sebab kenapa pilih Jordon? Sebab Jordon ni kan negara Arab. Saya cukup minat dengan bahasa Arab, suka belajar bahasa Arab, suka cakap bahasa Arab dan teringin sangat nak cakap fasih berbahasa Arab. Tapi kenapa saya pilih Syariah? Sebab nak tahu tak antara semua kos yang ditawarkan, satu kos ni je yang paling sikit tempoh belajar di luar negara sebab 3 ke 4 tahun di Kolej Islam mana eh Pahang tak silap saya dan setahun di Jordon. Haa nampak kan, betapa peliknya sebab2 saya pilih kos syariah. Just nak kan experience duk oversea walaupun dlm tempoh sekejap. Kenapa pulak saya pilih Engineering ke France? Sebabnya satu je kos iaitu Engine yang ditawarkan ke 4 negara --> Japan, France, Germany and Korea. Saya pun pilih la France sebab masa tu berangan nak ke Eiffel Tower, Paris. Teringin sangat3. hehe Macam saya cakap lah semua ni hanya mimpi sampai ke bintang tak pun bulan. Saya apply je sebab kononnya nak kan pengalaman and experience "interview". Nak rasa la macam mana interview at least dah rasa and tahu bentuk2 temu ramah macam mana then at least masa nak cari kerja nanti kita tahu la sikit2 apa yang perlu dilakukan apabila diinterview. Alhamdulillah pengalaman tu dapat la sedikit sebanyak kan. 

Nampak macam banyak dah membebel kan. hehee Walaupun pepatah ada mengatakan "tuntut lah ilmu hingga ke negeri China", it doesn't mean that we should further our studies at China or study abroad till in China. It means that we should study till forever. Walaupun dah tua sekalipun kita kena belajar, selalu dalam Pendidikan Sivik kita belajar Pembelajaran sepanjang hayat  kan. Ni yang perlu kita amalkan. Even kat mana2 pun kita kena belajar, belajar dan terus belajar. Belajar oversea ke dalam negara ke kat rumah ke mana2 pun kalau kita dah niatkan dalam diri ni niat nak belajar tu kerana Allah insyaAllah kat mana2 pun kita akan berjaya. Saya selalu dengar lecturer saya cakap setiap kali beliau habis mengajar, beliau akan cakap "Ya Allah sikit nya yang kita baru belajar kan.. Rupanya ada yang lebih mendalam yang kita tak tahu. Alhamdulillah kita dapat belajar lebih dalam. Rupanya ilmu yang kita belajar ni umpama setitik di lautan yang luas." Subhanallah. Ilmu Allah tu jauh lagi luas dari apa yang kita belajar. 

Hmm kadang2 bila kita belajar rasa macam kita dah banyak tahu tapi sebenar-benarnya sikit je kalau nak dibandingkan dengan ilmu milik Allah. Alhamdulillah setiap kali belajar kita kena bersyukur pada Allah sebab dapat ilmu. Saya suka dengan lecturer Math saya ni, beliau sentiasa ingatkan kami semua yang segala ilmu yang kita ada ni milik Allah, Allah maha mengetahui segala-galanya. Sebab tu ada pepatah mengatakan, "ibarat padi, makin berisi makin menunduk". Makin banyak kita belajar makin tawadu'. Ni yang dikatakan ilmu yang bermanfaat. Apa yang kita ada, kita sampaikan pada orang. Setiap ilmu yang kita dapat, kita relate kan dengan Allah. Even ilmu yang kita dapat ni bukan lah ilmu agama, ilmu sains, matematik. Contoh macam sains tentang penghasilan manusia dari air mani hingga lah menjadi baby. Semua ni kita kaitkan dengan Allah. Cantik betul ciptaan Allah. Bijak betul Allah ciptakan manusia. Adakah manusia mampu? Sudah tentu tidak. Hanya Allah je yang mampu. Subhanallah hebat. 

Nampak kan saya membebel agak panjang dan meleret. Tak kesah lah dimana, dengan apa, bersama siapa kita tetap boleh belajar. Walaupun bukan oversea tapi environment oversea pun jadi lah. Kat mana tu? hehe mana lagi kalau bukan International Islamic University Malaysia [IIUM] a.k.a Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM]. haa tak dapat luar negara dapat la merasa "international". Alhamdulillah. Mana2 tempat belajar pun sama je semua nya. Kalau pergi oversea tapi tak belajar bersungguh-sungguh tak menjadi juga. Ingat tu je. InsyaAllah apa2 pun doakan kejayaan saya dan kawan-kawan saya berjaya dunia dan akhirat ye. Pernah dengar kan, kita belajar selama 6 tahun untuk dapatkan 5A dalam UPSR, kita belajar selama 3 tahun untuk dapatkan 8A/9A dalam PMR opss sekarang "PT3", kita belajar selama 2 tahun untuk dapatkan 9A/10A dalam SPM, dan kita belajar selama 4/5 bulan untuk dapatkan 4.0 atau 4 flat dalam setiap final exam. Haa nampak kan makin jauh perjalanan makin susah kita perlu tempuh dalam hidup ni. Sebab tu banyak2 kan doa pada Allah moga segalanya dipermudahkan. Sama2 doakan saya jom..

"YA ALLAH.. Permudahkan lah Siti Nurfarahin binti Abd Aziz dan rakan-rakannya berjaya mendapat skor 4 flat dalam final exam dan dapat A dalam setiap subjek yang mereka ambil. Terangkanlah hati mereka untuk belajar dan permudahkanlah mereka belajar dan berjaya di dunia serta akhirat. Berkatilah segala ilmu yang dipelajari oleh mereka. Amin ya rabbal 'alamin.."

In the nut shell, gudluck untuk semua yang sedang menuntut ilmu. Ingat, niatkan semua yang kita lakukan kerana Allah. InsyaAllah kita semua berjaya. AMIN.. okay, sampai di sini sahaja coretan saya, semua yang baik datangnya daripada Allah, yang tidak baik datangnya daripada kekhilafan saya  sendiri. Wassalam :)

1 comment:

  1. Situs Slot Online Gacor, Judi Slot Online Deposit Pulsa
    Daftar situs judi 하남 출장마사지 slot online terpercaya No 1 의정부 출장샵 di Indonesia yang menyediakan 과천 출장샵 varian game slot online 슈어 벳 pragmatic 경기도 출장샵 play, judi bola, slot88 dan slot

    ReplyDelete